::SaPe2x yG Dh sKoDeNg::

Saturday, November 6, 2010

~DiMaNaKaH BaHaGIa ItU~

Kisah ini bermula apabila empat orang sahabat baik iaitu Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta mula menggembara untuk mencari Bahagia. Dalam perjalanan pelbagai cabaran dan dugaan mereka tempuhi. Semuanya dihadapi bersama-sama kerana mereka berjanji untuk sehidup semati. Ikatan antara empat orang sahabat ini amat akrab sekali. Susah senang dan liku-liku kehidupan diharungi bersama. Semuanya atas nama persahabatan yang jujur dan ikhlas. Tujuan mereka sama. Untuk mencari Bahagia.

Setelah penat meredah hutan, laut, bukit, denai, lurah dan paya akhirnya mereka berempat terdampar disebuah pulau. Sampan yang mereka naiki untuk pergi dari satu pulau ke pulau lain telah hancur dihempas ombak yang menggila di lautan. Empat sahabat ini berasa sangat kecewa kerana mereka sudah tidak dapat untuk meneruskan perjalanan mereka ke pulau-pulau lain untuk mencari Bahagia.

Dalam kalangan mereka ini Gembira adalah yang paling merasakan kekecewaan. Bagi Gembira, apabila menemui Bahagia nanti Gembira sudah semestinya tidak akan bersama dengan Sedih. Hal ini demikian, kerana Gembira selalu sahaja berkonflik dengan Sedih. Walau bagaimanapun, Rindu dan Cinta seringkali menjadi pendamai apabila Gembira bergaduh dengan Sedih. Rindu dan Cinta bijak dalam mewujudkan suasana yang baik bagi memulihkan semula keadaan tersebut.

Pada ketika ini, Sedih terus merasa pilu. Kepiluannya tidak dapat dibendung lagi sehingga Sedih ingin mengambil keputusan yang tidak sewajarnya. Sedih ingin membunuh diri di pulau itu. Hal ini demikian, kerana Sedih tidak dapat menerima bahawa Sedih tidak akan dapat bertemu dengan Bahagia. Meskipun begitu, semua sahabat-sahabat Sedih memujuk Sedih supaya bertindak lebih rasional. Disinilah Rindu dan Cinta meminta Gembira untuk menghiburkan hati Sedih supaya matlamat mereka akan dapat dicapai bersama. Gembira amat berpuas hati kerana berjaya memujuk dan memulihkan Sedih dari terus dalam kepiluan dan Gembira juga sudah tidak kecewa lagi kerana Gembira mempunyai sahabat yang baik seperti Rindu dan Cinta.

Hari semakin lewat petang dan hujan turun dengan lebatnya sepanjang malam tersebut. Oleh kerana empat bersahabat ini tidak tahu untuk tidur dimana, maka mereka telah bekerjasama untuk membina satu pondok kecil. Walau bagaimanapun pondok tersebut hanya mampu untuk memuatkan tiga sahabat sahaja. Pondok yang dibina terlalu kecil kerana kekurangan bahan pembinanan seperti kayu dan daun-daun hutan.

Akhirnya, Cinta mengalah dan sanggup bekorban dengan tidur diluar pondok tersebut. Walaupun, hujan turun dengan lebatnya dan suasana sejuk menyelubungi kawasan pulau tersebut, namun tetap tidak menghalang untuk Cinta terus bertahan sehingga pagi. Bagi Cinta, Cinta sanggup berkorban demi sahabat-sahabatnya asalkan semua sahabatnya berada dalam keadaan selesa ketika dalam pengembaraan mencari Bahagia ini.

Tanpa disedari Cinta, segala tingkah lakunya diperhatikan oleh Rindu. Rindu seakan-akan rasa bersalah membiarkan Cinta terus menghadapi keadaan yang sukar di luar pondok sendirian sedangkan Rindu, Gembira dan Sedih sedang asyik lena dibuai mimpi-mimpi indah. Akhirnya, Rindu mengambil keputusan untuk turut serta Cinta berada diluar pondok dan menghadapi suasana diluar bersama. Cinta amat terharu dengan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan Rindu untuk bersamanya. Cinta amat-amat menghargai tindakan Rindu itu. Cinta memeluk rindu dengan penuh rasa kasih sayang sebagai sahabat.

Hujan terus turun dengan lebatnya sehingga pagi. Air laut nampaknya semakin meningkat dan berada diparas bahaya. Rindu memberitahu kepada sahabat-sahabatnya bahawa tidak lama lagi pulau tersebut akan tenggelam. Gembira dan sedih berasa sangat-sangat takut dan mereka berpelukan sesama sendiri. Namun, berlainan bagi Cinta. Cinta hanya duduk dan terus termenung tanpa memberikan sebarang reaksi. Rindu telah mengajak sahabat-sahabatnya untuk membina sampan secepat mungkin supaya mereka dapat menyelamatkan diri sebelum pulau tersebut tenggelam. Rindu mencadangkan supaya mereka membina sampan yang berasingan supaya sampan tersebut tidak musnah bila dilambung ombak nanti.

Gembira dan Sedih bersetuju dengan cadangan Rindu itu. Maka, dengan pantas Gembira dan Sedih terus mencari bahan-bahan untuk membina sampan tersebut. Begitu juga dengan Rindu. Ketiga- tiga sahabat tersebut  bertungkus lumus membina sampan masing-masing dengan cepat supaya masing-masing terselamat dari terus tenggelam dengan pulau tersebut dan dapat terus mencari Bahagia. Namun demikian, tidak pula bagi Cinta. Walaupun, telah disuruh berkali-kali oleh Rindu, Gembira dan Sedih supaya membina sampan, namun Cinta terus mengelamun dan memerhatikan sahaja tindakan rakan-rakannya. Cinta merasakan bahawa Bahagia akan datang sendiri untuk menyelamatkannya dan Cinta beranggapan Cinta tidak perlu terus mencari Bahagia.

Akhirnya, siap juga sampan Gembira, Sedih dan Rindu. Setelah mereka berpelukkan sesama mareka, tibala masa untuk tiga sahabat ini meneruskan perjalanan dengan sampan masing-masing. Cinta hanya dapat memerhatikan sahaja tiga sahabatnya terus belayar di lautan yang terbentang luas dengan sampan masing-masing. Setelah seketika belayar, akhirnya tiga sahabat ini hilang dari pandangan mata Cinta.

Cinta terus mengelamun. Teras sunyi dirinya ditinggalkan berseorangan. Namun, Cinta tetap berpegang teguh pada pendiriannya bahawa Bahagia akan datang sendiri kepadanya. Tanpa Cinta sedari paras air laut semakin lama semakin tinggi dan semakin menenggelamkan pulau tersebut. Cinta mulai resah dan gelisah kerana Cinta tahu bahawa Cinta akan mati lemas jika tiada yang menyelamatkannya. Cinta terus diburu rasa risau melihatkan air laut semakin menghampiri dirinya.

Walau bagaimanapun, dari kejauhan Cinta terlihat seorang tua dalam sebuah sampan usang sedang menghampiri pulau yang hampir menenggelamkannya. Seorang tua yang tidak dikenali olah Cinta telah menyelamatkan Cinta dari terus tenggelam bersama pulau tersebut dan mati lemas di lautan yang terbentang luas ini. Cinta mengucapkan terima kasih kepada orang tua tersebut kerana telah menyelamatkannya. Cinta terhutang budi dengan orang tua tersebut dan Cinta berharap suatu hari nanti cinta dapat membalas jasa orang tua itu.

Setelah lama belayar, sampailah Cinta dan orang tua itu di sebuah pulau yang mendamaikan. Di situ Cinta terlihat tiga sahabat yang telah meninggalkannya. Gembira, Sedih dan Rindu seakan tidak percaya melihat Cinta masih lagi hidup. Empat sahabat ini saling berpelukan dengan erat dan berasa sungguh bertuah kerana mereka dipertemukan kembali.

Cinta mengucapkan rasa syukur kerana masih lagi ada insan yang sudi memberikan bantuan dan pertolongan ketika Cinta berada dalam kesusahan. Cuma Cinta perlu sabar dan terus sabar menantinya. Cinta mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada orang tua tersebut kerana menyelamatkannya dan membawanya bertemu semula dengan sahabat-sahabat karibnya ini.

Kemudian, orang tua ini pun terus berlalu dalam meneruskan pelayarannya ke destinansi yang lain pula tanpa sempat Cinta mengenalinya. Cinta berasa sangat kecewa kerana tidak dapat mengenali orang tua yang terlalu baik baginya. Namun begitu, Rindu menyatakan bahawa orang tua itu adalah  Masa. Masa akan sentiasa berada di mana sahaja kita berada sama ada susah atau senang. Cuma kita sahaja perlu sabar menantikanya untuk membantu kita kerana Masa tidak akan berpatah balik jika sesuatu telah berlaku. Oleh itu, Cinta bernasib baik kerana Masa masih sudi membantunya kerana Masa mengerti bahawa Cinta memerlukan Bahagia.

Kini, barulah empat sahabat ini mengerti dimana sebenarnya Bahagia yang mereka cari. Sebenarnya mereka berempatlah Bahagia tersebut. Apabila Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta bergabung, mereka akan rasa Bahagia dan itulah erti sahaba,t Bahagia yang mereka cari-carikan sepanjang pengembaraan ini. Maka, ketahuilah oleh empat sahabat ini bahawa tanpa Masa mereka tidak akan menemui Bahagia kerana Cinta akan mati dan mereka akan terus hidup sengsara jika tiada Cinta...~

No comments:

Post a Comment